Kuching: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari kapal ketika melakukan kerja membaik pulih bot tunda di Tanjung Manis, di sini, Khamis lalu, ditemui lemas hari ini.
Mayat, Mohd Yusuf Lingir Abdullah, 51, ditemui pada 3.20 petang oleh orang awam bersama pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Rajang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebelum dilaporkan hilang, mangsa yang berasal dari Kampung Koran Empaneg, Serian dikatakan sedang melakukan kerja membaik pulih bot tunda di kawasan limbungan berkenaan.
"Keadaan air sungai ketika mangsa dipercayai terjatuh dilaporkan sedang surut dengan aliran agak deras.










