Sabak Bernam: Seorang wanita diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.20 petang.
Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan mangsa wanita berusia lingkungan 20-an terjatuh ke dalam sungai.










