KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan kegiatan sindiket didalangi warga Indonesia yang menjadikan kediaman mewah di Seksyen U13 Shah Alam di Selangor sebagai pusat operasi judi dalam talian.
Dalam serbuan sempena operasi khas itu yang dijalankan baru-baru ini, lima warga Indonesia termasuk dua wanita berusia antara 23 hingga 41 tahun ditahan.
Menurut Jabatan Imigresen, premis kediaman mewah itu dipercayai digunakan sebagai pusat operasi untuk menguruskan transaksi tambah nilai serta akaun perjudian pelanggan, dengan kegiatan haram itu giat dipromosikan melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan Telegram.
Bagi memaksimumkan keuntungan, jabatan itu berkata sindiket beroperasi tanpa henti 24 jam sehari dengan dibahagikan kepada dua syif pekerja.










