JOHOR BAHRU: Pekerja wanita diperdaya individu yang menyamar sebagai majikannya sehingga memindahkan wang syarikat berjumlah RM486,000 ke akaun suspek.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintenden Azrol Anuar Nor, berkata mangsa berusia 35 tahun dihubungi individu berkenaan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam kejadian jam 10 pagi semalam.
Beliau berkata, mangsa diarahkan memindahkan wang syarikat ke akaun suspek atas alasan pembayaran kontrak baharu.
Azrol Anuar berkata, mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas diminta membuat transaksi tambahan berjumlah sama dengan alasan berbeza.








