KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menjadi miskin atau muflis kerana membantu golongan miskin sebaliknya kerosakan ekonomi negara berpunca daripada salah laku kepimpinan, rasuah dan ketirisan.Beliau berkata, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.Anwar berkata, sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini selain melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam serta gaji minimum bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat."Tak ada negara dan kerajaan di dunia yang jadi miskin kerana tolong orang miskin," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini.Perdana Menteri juga berkata, negara boleh mengalami kemerosotan sekiranya kekayaan awam disalahgunakan untuk kepentingan kelompok tertentu, selain amalan rasuah dan sikap tamak haloba dalam pentadbiran.Beliau berkata, prinsip membantu golongan memerlukan perlu terus dipertahankan selagi kerajaan mengamalkan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik. - Bernama
Kerajaan tidak akan muflis kerana bantu golongan miskin - PM

Key takeaways
PM Anwar menegaskan kerajaan tidak akan muflis kerana membantu golongan miskin, tetapi kerosakan ekonomi disebabkan oleh rasuah dan salah laku kepimpinan.
- Kerajaan memperuntukkan RM16 bilion untuk bantuan kewangan kepada rakyat.
- Anwar menekankan tanggungjawab kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah.
- Kemerosotan ekonomi boleh berlaku jika kekayaan awam disalahgunakan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kerajaan tidak akan muflis kerana bantu golongan miskin - PM (this story)
- Utusan Malaysia Bantu rakyat miskin, negara tidak muflis-Anwar
- Free Malaysia Today Kerajaan takkan muflis bantu golongan miskin, kata PM







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPoliticalDebateAmidBrokenUnity_844548.png&w=480&output=webp&q=85&we)
