PM Anwar Ibrahim berkata, negara boleh alami kemerosotan jika kekayaan awam disalah guna, selain amalan rasuah. (Gambar Bernama)KOTA BHARU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menjadi miskin atau muflis kerana membantu golongan miskin, sebaliknya kerosakan ekonomi negara berpunca daripada salah laku kepimpinan, rasuah dan ketirisan.
Beliau berkata, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah ialah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.
Sebagai contoh, katanya, kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini, selain melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam serta gaji minimum bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.








