Kehadiran pengunjung tidak kira usia memeriahkan Karnival Membaca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026.BANDARAYA MELAKA: Kementerian Perpaduan Negara mempergiat program galakan membaca sepanjang tahun bagi mencapai aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pembaca menjelang 2030.
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata seramai 422,994 peserta memeriahkan 146 program yang dianjurkan tahun lalu, berbanding 234,158 peserta pada 2024 dan 112,408 peserta pada 2023.
Beliau menyenaraikan beberapa inisiatif yang diteruskan pada tahun ini, seperti program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, Karnival Citra Penulis 2026, Wacana Bahasa Warisan 2026, Minggu Literasi Media dan Maklumat, Program Sentuhan Komuniti Bestari dan Kembara Ilmu.





