MMA Sabah gesa campur tangan KKM susulan laporan doktor bekerja untuk tempoh panjang tanpa rehat mencukupi, yang mencetuskan kebimbangan serius terhadap kebajikan mereka dan kelangsungan perkhidmatan kesihatan. (Gambar Magnific) KOTA KINABALU: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sabah menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) segera menempatkan doktor tambahan dari Semenanjung bagi menangani masalah kekurangan pegawai perubatan yang kritikal di Hospital Ranau dan fasiliti kesihatan di Sabah.

Pengerusi Dr Brandon Patrick Senagang berkata campur tangan dalam perkara itu amat diperlukan susulan laporan doktor bekerja untuk tempoh panjang tanpa rehat mencukupi, yang mencetuskan kebimbangan serius terhadap kebajikan mereka dan kelangsungan perkhidmatan kesihatan.