Premier Abang Johari Openg berkata, Sarawak tidak akan berundur dalam menuntut hak minyak dan gas di bawah MA63. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sarawak akan terus menuntut kawalan lebih besar ke atas sumber strategiknya, termasuk industri minyak dan gas, kata Premier Abang Johari Openg.
Memetik pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dan pelaburan Sarawak dalam Affin Bank sebagai contoh, Abang Johari berkata, masih banyak lagi aset yang ingin diambil alih oleh negeri itu.
Bagaimanapun, usaha menuntut semula aset berkenaan memerlukan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri, katanya.
“Semakin ramai rakyat Sarawak berdiri di belakang kami dan kepimpinan kami, semakin tekad kami untuk terus berjuang demi Sarawak,” katanya, lapor Dayak Daily.





