KOTA BHARU – Kerajaan meningkatkan peruntukan geran Skim Usahawan Bangkit untuk membantu usahawan kecil kepada RM200 juta tahun depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu dibuat selepas kerajaan melihat manfaat bantuan berkenaan yang dapat disalurkan secara langsung kepada golongan peniaga kecil."Saya melihat walaupun peruntukan itu kecil, tetapi ia memberi manfaat secara langsung dan sampai kepada usahawan."Bagi tahun 2027, geran ini untuk seluruh negara, kami sudah tambah kepada RM200 juta," katanya ketika berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit negeri Kelantan di pekarangan pasar raya di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.Menurut Anwar, bantuan berkenaan perlu diteruskan kerana peruntukan yang kecil juga mampu membantu peniaga mendapatkan peralatan untuk meningkatkan hasil perniagaan."Kadang-kadang belanjanya diberi RM3,000, ada yang RM1,800, tapi mereka tidak boleh beli peralatan yang baik."Hal-hal yang sedemikian kami pantau dan akan bantu sedaya mungkin," ujarnya.Beliau berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada golongan wanita dalam pelaksanaan program bantuan usahawan kecil khususnya mereka yang berniaga di pasar dan menjalankan perniagaan sendiri.Anwar berkata, langkah itu penting bagi memastikan wanita mendapat peluang yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan keluarga.Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 4,000 permohonan diterima bagi program berkenaan dengan 446 permohonan sudah diluluskan."Kerajaan akan terus meneliti keperluan golongan usahawan kecil bagi memastikan bantuan yang disediakan memberi manfaat kepada penerima," katanya.
Geran usahawan kecil meningkat kepada RM200 juta tahun depan

Key takeaways
Kerajaan akan meningkatkan peruntukan geran usahawan kecil kepada RM200 juta tahun depan.
- Peruntukan geran Skim Usahawan Bangkit akan dinaikkan kepada RM200 juta untuk tahun 2027.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bantuan ini memberi manfaat langsung kepada usahawan kecil.
- Bantuan ini membantu usahawan membeli peralatan untuk meningkatkan perniagaan mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pengguna media sosial diberi 4 hari mohon maaf kepada usahawan fesyen
- Berita Harian Geran Skim Usahawan Bangkit ditambah RM200 juta
- Utusan Malaysia Kerajaan tambah RM200 juta untuk Geran Skim Usahawan Bangkit
- Sinar Harian Geran usahawan kecil meningkat kepada RM200 juta tahun depan (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPoliticalDebateAmidBrokenUnity_844548.png&w=480&output=webp&q=85&we)
