KUALA LUMPUR: Industri maritim Malaysia memerlukan sokongan pembiayaan lebih kukuh daripada bank tempatan bagi merealisasikan potensi pelaburan dan membolehkan pemain industri domestik mengembangkan operasi, khususnya dalam sektor pembekalan bahan api kapal (bunkering).

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd R Jeyenderan, perkhidmatan bunkering merangkumi pembekalan, penyimpanan dan pengurusan logistik bahan api marin, pelincir serta bekalan keperluan bagi kegunaan kapal dan vesel marin.

Jeyenderan berkata, ramai pemain industri berminat untuk menceburi sektor itu, namun berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan bank kerana institusi kewangan tempatan menganggap perniagaan berkenaan berisiko tinggi, khususnya bagi pembiayaan pembelian kapal dan aset berkaitan aktiviti bunkering.