KUALA LUMPUR: Persaingan merebut dua slot beregu lelaki ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) dijangka lebih sengit apabila ketua jurulatih negara, Herry Iman Pierngadi percaya setiap pasangan memiliki peluang untuk memburu tiket ke temasya berprestij itu.

Keyakinan Herry hadir ketika Malaysia mempunyai beberapa gandingan berpotensi, termasuk pasangan baharu yang semakin mencuri tumpuan, Aaron Tai-Yap Roy King yang kini disahkan sebagai gandingan tetap selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam tiga kejohanan terakhir.

Selain pasangan ranking ke-74 dunia itu, cabaran turut dijangka digalas beregu nombor empat dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menghuni ranking kelima dunia.