KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berpotensi melonjakkan sokongan kepada kedua-dua parti terutama dalam kalangan pengundi Melayu, sekali gus boleh membawa kemenangan.

Bagaimanapun berdasarkan keadaan semasa, penganalisis politik melihat formula itu sukar dilaksanakan pada PRU dan di empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) atau kerana tidak akan memberi kelebihan kepada UMNO - Barisan Nasional (BN).

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Azmi Hassan, berkata pada PRU dan empat negeri ditadbir PN (SG4) atau negeri lain agak berbeza, walaupun persefahaman politik di antara BN dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 sebelum ini, terbukti menguntungkan kedua-dua pihak sebelum diteruskan pada PRN Melaka.