Zahid Hamidi (kiri) berkata gabungan itu akan bertanding di 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka, namun Takiyuddin Hassan berkata pembahagian kerusi masih belum dimuktamadkan.PETALING JAYA: Penafian PAS rundingan pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN) bagi PRN Melaka sudah dimuktamadkan menimbulkan persoalan dalam kalangan penganalisis mengenai kemungkinan kedua-duanya bekerjasama pada PRU16.
Syaza Shukri.Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata PRN Melaka sepatutnya menjadi ujian untuk melihat sama ada BN dan PAS mampu bekerjasama dengan baik.
“Jelas sekali ada perkara yang tidak kena. Hakikat bahawa PAS secara terbuka menyatakan pembahagian kerusi belum dimuktamadkan membawa makna yang besar.






