Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket 'calling centre' antarabangsa yang menjadikan ibu negara sebagai pangkalan untuk memperdaya mangsa luar negara.
Hasil operasi khas itu, seramai 18 warga Taiwan ditahan selepas dikesan menyamar sebagai pihak berkuasa negara asing.
Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 6.35 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, seramai 17 lelaki dan seorang wanita warga Taiwan berusia lingkungan 19 hingga 43 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.









