KUALA LUMPUR: Selepas dua hari menampilkan aksi cemerlang sebagai pemain terbaik negara, cabaran Liyana Durisic sedikit terganggu apabila gagal mengekalkan rentak permainan pada pusingan ketiga Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), hari ini.
Liyana yang mencatatkan satu pukulan di atas par 73 pada pusingan kedua semalam, terpaksa berpuas hati apabila merekodkan empat pukulan di atas par 76 hari ini untuk mengumpul keseluruhan par 216 pukulan.
Keputusan itu menyaksikan pemain negara berkenaan merosot ke kedudukan ke-61 selepas mengharungi hari yang disifatkannya cukup sukar, terutama apabila beberapa kesilapan mengganggu rentak permainannya.
Mengakui tidak berpuas hati dengan permulaan permainan, Liyana berkata, dia melakukan lebih banyak kesilapan daripada yang dijangkakan sebelum berjaya memperbaiki rentak pada penghujung sembilan lubang pertama.










