KUALA LUMPUR: Selangor FC tidak mahu mengambil mudah cabaran Star City FC dalam saingan Liga Super, malam esok dan berhasrat meneruskan momentum kemenangan untuk terus mengutip mata penting.
Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan Gon menjelaskan, biarpun ketika ini skuad kendaliannya mempunyai rekod yang agak cemerlang, namun ia bukan jaminan untuk pasukannya meraih kemenangan.
Beliau berkata, kelebihan beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selaku tuan rumah harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar tidak tercicir mata kepada pasukan lawan.
"Saya fikir setakat ini prestasi pasukan baik, tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan akan memberi tumpuan kepada aspek bertahan apabila kami mudah dibolosi serta membenarkan lawan melakukan serangan balas.










