PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya peminat barangan kemas semakin ‘ghairah’ menyerbu kedai emas ekoran penurunan harga sejak beberapa hari lalu.

Fenomena itu dapat dilihat apabila beberapa premis di Kelantan masih diserbu orang ramai hari.

Menerusi satu klip video yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Annesnatasha, kelihatan sebuah kedai emas di negeri itu dipenuhi pengunjung sehingga ada yang terpaksa beratur.

“Kelantan tak relaks,” tulisnya pada kapsyen klip video tersebut.