KOTA BHARU – Malaysia dan Thailand akan mempergiatkan kerjasama bagi mempercepat usaha menangani masalah banjir di kawasan sempadan khususnya membabitkan muara Sungai Golok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengadakan rundingan dengan kerajaan Thailand sebanyak dua kali bagi memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan.

Katanya, usaha berkenaan penting kerana penyelesaian masalah di muara Sungai Golok bukan sahaja dapat mengurangkan kesan banjir di Kelantan dan turut memberi manfaat kepada kawasan Selatan Thailand.

“Kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah mitigasi banjir termasuk kerja berkaitan hakisan, pelaburan dan pendalaman sungai, namun isu muara Sungai Golok masih memerlukan perhatian segera. Saya berharap perkembangan rundingan dan kerjasama antara Malaysia dengan Thailand berhubung perk