KUALA LUMPUR: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang, Pulau Pinang Fasa 1 yang bertujuan mengurangkan risiko banjir di kawasan Jelutong dan sekitarnya dijangka siap pada September 2027.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek berkenaan mencatat kemajuan fizikal sebanyak 50.86 peratus setakat September 2026.

Beliau berkata, projek yang dilaksanakan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merangkumi beberapa komponen utama bagi meningkatkan kapasiti aliran sungai serta sistem saliran sedia ada.

“Projek ini melibatkan beberapa komponen utama, antaranya pelebaran dan pendalaman Sungai Pinang, pembinaan saliran dan struktur weir , menaik taraf sistem saluran keluar (drainage outfall ), pembinaan jambatan dan rumah pam serta pengambilan tanah .