KOTA BHARU: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok menunjukkan kemajuan positif dengan fasa pertama kini mencapai 73.01 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2027.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan, kemajuan itu membabitkan pembinaan ban banjir di Sungai Golok, Sungai Lemal Lanchang dan Sungai Mentua, pintu air Kuala Jambu serta pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Bagi fasa kedua yang diumumkan sebagai projek baharu dalam Belanjawan 2027 kelmarin, kemajuan fizikalnya kini 3.16 peratus dan dijadualkan siap Oktober 2028.
"Ia membabitkan pembinaan tembok dwifungsi (tebatan banjir dan keselamatan), menaik taraf ban kiri Sungai Lemal Lanchang, pembinaan pos kawalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PGA serta rumah pam.









