PETALING JAYA: Sebuah kedai emas di Damansara Damai di sini disamun seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam sebelum melarikan barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.19 tengah hari semalam.

Menurutnya, suspek bertindak menyamun premis berkenaan menggunakan senjata tajam sebelum melarikan barang kemas.

“Suspek seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam telah membawa lari barangan kemas yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM300,000,” katanya dalam kenyataan.