New Delhi: Kesemua enam individu termasuk juruterbang maut dalam nahas helikopter di negeri Uttarakhand di utara India pada Jumaat, kata pegawai, lapor Xinhua.
Helikopter itu terhempas berdekatan kampung Chayee berhampiran Joshimath di daerah Chamoli, kira-kira 290 kilometer (km) timur laut Dehradun, ibu kota Uttarakhand.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Kemajuan Penerbangan Awam Uttarakhand Prateek Jain berkata, helikopter itu berlepas dari Badrinath (bandar yang dikunjungi penganut Hindu) sekitar 1.14 tengah hari waktu tempatan ketika salji turun dan terputus hubungan berhampiran kawasan Hathi Parvat.
"Siasatan terperinci akan dijalankan untuk menentukan punca kemalangan, dan berdasarkan penemuan itu, keputusan akan dibuat mengenai bagaimana operasi ulang-alik (helikopter) dan sewa kereta akan diteruskan untuk baki musim ini," kata Jain.






