Mexico City: Juara dunia lima kali, Max Verstappen menyelar rakan sepasukan Red Bull, Liam Lawson sebagai 'tidak begitu bijak' selepas kedua-duanya terbabit pertembungan ketika sesi latihan bebas kedua (FP2) Grand Prix (GP) Mexico.
Ketika Charles Leclerc daripada Ferrari mencatat masa terpantas mengatasi juara dunia, Lando Norris (McLaren) dalam sesi yang berlangsung sengit itu, Verstappen pula terbabit insiden yang menyebabkan jentera Red Bull miliknya mengalami kerosakan pada bahagian badan kereta.
Insiden itu berlaku apabila Verstappen dan Lawson yang mewakili Racing Bulls bersaing merebut kedudukan di litar ketika memasuki bahagian Foro Sol.
Verstappen kemudian menyalahkan Lawson sebagai punca pertembungan kecil berkenaan yang menyebabkan serpihan jentera bertaburan di litar, sekali gus memaksa sesi dihentikan sementara dengan pengibaran bendera merah bagi kerja pembersihan.









