KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu mempercepatkan siasatan dan mendedahkan maklumat termasuk nama syarikat pemprosesan ayam yang diserbu dekat Puchong, Selangor, baru-baru ini kepada orang awam.
Key takeaways
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin, mendesak pihak berkuasa mendedahkan segera nama syarikat pemproses ayam di Puchong yang disyaki melanggar hukum syarak. Beliau menegaskan rakyat berhak mengetahui identiti pengedar dan lokasi pengedaran bekalan tersebut.
- Lebih 6.5 tan ayam mentah dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong.
- Ayam dipercayai direndam dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih.
- Bekalan ayam tersebut disyaki diedarkan ke kawasan Lembah Klang termasuk Damansara dan Bangi.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – Pendedahan pihak berkuasa mengenai kegiatan sebuah premis di Puchong yang merendam ayam di dalam air panas sebelum disembelih turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin.
Mohd. Radzi meminta pihak berkuasa supaya mempercepatkan siasatan tersebut dan mendedahkan maklumat termasuk nama syarikat pemprosesan ayam kepada orang ramai.
Menurut beliau, tindakan itu adalah penting kerana ia membabitkan kepentingan pengguna khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ia dipercayai diedarkan ke restoran, kedai runcit dan pasar raya di kawasan Lembah Klang.
“Saya masih menunggu pihak berkuasa mendedahkan nama syarikat yang mengendalikan pusat pemprosesan ayam yang diserbu di Puchong.