LUMUT – Pihak polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan di Taman Hijau, Kampung Koh, Sitiawan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima laporan berhubung kejadian itu dari seorang lelaki pada pukul 1.54 tengah hari semalam.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan mengenai satu insiden melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan jenis BMW di hadapan sebuah rumah di taman berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 4.16 pagi hari yang sama apabila pengadu terdengar bunyi letupan ketika berada di dalam rumah.