MASJID TANAH: Biarpun berstatus 'underdog', calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri, tidak gentar berdepan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pertama kali bertanding dalam pilihan raya, Mohd Yunazri, mengakui cabaran menentang calon Barisan Nasional (BN) itu sukar, namun menyifatkan peluang meraih kemenangan bukan mustahil, malah bersedia membuat kejutan menjadi 'giant killer'.
"Ya, saya pertama kali bertanding dan calon 'underdog'. Apa yang perlu saya buat ialah berusaha bersungguh-sungguh dalam pilihan raya kali ini dan meraikan demokrasi untuk DUN Tanjung Bidara.
"Insya-Allah, rezeki kita tak tahu (giant killer). Jadi, kita hanya usaha sahaja.










