MELAKA: Meskipun sudah dua penggal bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mengakui tidak boleh sesekali memandang rendah saingan di kerusi itu terutama dengan saingan empat penjuru yang dihadapi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ini kerana setiap parti dan gabungan yang bertanding terbukti mempunyai kekuatan masing-masing.

"Saya sudah dua penggal di DUN Bukit Katil, namun tak pernah memandang rendah cabaran ini kerana kita tahu setiap parti dan gabungan ada kekuatan masing-masing.

"Saya akan terus merayu kepada pengundi... kita tahu ada tambahan 4,000 pengundi muda yang sudah pasti harus kita cakna.