GOPENG: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yakin penjawat awam mematuhi arahan kerajaan supaya menghentikan penggunaan aplikasi pemetaan Waze serta-merta atas faktor keselamatan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata pihaknya bagaimanapun belum memperoleh data mengenai kadar pematuhan berikutan arahan berkenaan baharu diumumkan minggu lalu.

Beliau berkata, penjawat awam diyakini memahami tujuan larangan itu dan akan mematuhi ketetapan kerajaan.

"Kita sedia maklum larangan itu atas dasar keselamatan, kita belajar daripada apa yang berlaku kepada negara lain yang turut menggunakan aplikasi berkenaan.