Kuala Lumpur: Juara bertahan dari Jepun, Miyu Yamashita perlu berwaspada dengan ancaman pencabar dari China, Liu Yan yang semakin menghampiri kedudukan pendahulu menjelang pusingan terakhir Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), esok.
Miyu yang memburu kejuaraan kedua berturut-turut meneruskan aksi konsisten apabila masih kekal sebagai pendahulu selepas tamat pusingan ketiga mencatatkan lima pukulan di bawah par 67 untuk mengumpul keseluruhan 18 di bawah par 198.
Bagaimanapun, kelebihan dua pukulan dimiliki pemain Jepun itu belum menjamin laluan mudah apabila Liu Yan mempamerkan aksi luar biasa dengan menghasilkan sembilan pukulan di bawah par 63.
Lebih menarik, Liu Yan menutup pusingan ketiganya dengan pukulan eagle di lubang ke-18 untuk mengumpul keseluruhan 16 pukulan di bawah par 200, sekali gus merapatkan jurang kepada hanya dua pukulan di belakang Miyu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftest1_716667.png&w=480&output=webp&q=85&we)
