SEREMBAN: Seorang anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM3,000 daripada pasangan suami isteri.
Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di salah sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di negeri ini, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan, rasuah berkenaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap satu kes gaduh membabitkan ahli keluarga pasangan terbabit.
Sumber sama berkaa, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 29 Oktober lalu ketika membuat siasatan awal berhubung kes pasangan suami isteri itu di pejabatnya.










