Seremban: Seorang anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM3,000 daripada pasangan suami isteri.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini, kira-kira jam 10 malam tadi.
"SPRM Negeri Sembilan menahan seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 daripada pasangan suami isteri.
"Ia sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap satu kes gaduh membabitkan ahli keluarga pasangan itu," katanya, hari ini.








