Kangar: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, 4.26 petang hari ini.

Berita pemergian Allahyarham itu disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Perlis Mohamad Zahid Ibrahim menerusi hantaran di media sosial rasminya hari ini.

"Dukacita dimaklumkan bahawa YB Wan Badariah Wan Saad, ADUN Mata Ayer telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 31 Oktober 2026, jam 4.26 petang di HTF, Kangar.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.