Wan Badariah Wan Saad mewakili rakyat Mata Ayer selepas memenangi kawasan itu pada PRU15. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Adun Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis petang tadi.
PAS Perlis memaklumkan bahawa Wan Badariah meninggal dunia pada 4.26 petang tadi.
"Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya di Facebook.
Wan Badariah mewakili rakyat Mata Ayer selepas memenangi kawasan itu pada PRU15, dengan majoriti undi 2,021 atas tiket Perikatan Nasional.







