KYIV – Lebih 200,000 orang masih terputus bekalan elektrik di wilayah Dnipropetrovsk, tengah Ukraine, kata pihak berkuasa semalam, sehari selepas serangan dron Russia menyasarkan sebuah stesen keretapi di sana.

Tentera udara Ukraine berkata, Russia menggunakan peluru berpandu balistik dan dron untuk menyerang beberapa wilayah dalam tempoh semalaman, termasuk Dnipropetrovsk, menyebabkan ibu negerinya, Dnipro mengalami gangguan bekalan elektrik meluas.

Syarikat tenaga DTEK berkata, pengendali grid Ukrenergo telah mengarahkan pemotongan bekalan elektrik kecemasan di seluruh bandar, serta di daerah berhampiran dan sebahagian daerah Pavlograd.

“Peralatan di wilayah ini rosak teruk akibat serangan musuh,” katanya.