GOPENG - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yakin larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze ketika menjalankan urusan rasmi akan dipatuhi sepenuhnya oleh penjawat awam.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, meskipun tahap pematuhan belum dapat dikenal pasti, namun kalangan penjawat awam memahami hasrat kerajaan dan akan mematuhi arahan ditetapkan."Dari segi peratusan pematuhan tu belum dapat kita kenal pasti lagi kerana dia baru sahaja diumumkan."Tetapi saya penuh yakin bahawa penjawat awam akan mematuhi apa yang telah digariskan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Program Kampung dan Sekolah Angkat Madani JPA di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Bharu di sini pada Sabtu.Beliau berkata, larangan berkenaan dibuat atas faktor keselamatan selepas mengambil kira pengalaman beberapa negara lain yang menggunakan aplikasi navigasi tersebut.Kerajaan sebelum ini mengeluarkan arahan melarang penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi berkuat kuasa 21 Oktober lalu.Keputusan itu turut mengambil kira aspek keselamatan dan perlindungan data pengguna di Malaysia, termasuk maklumat lokasi, pergerakan, perjalanan serta peranti pengguna.Antara aplikasi navigasi alternatif tempatan yang disenaraikan ialah TuJu, platform buatan Malaysia yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), serta PINTAZ yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi tempatan.Sementara itu, sebanyak RM1.465 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan pendidikan menerusi Program Kampung dan Sekolah Angkat Madani JPA yang memberi manfaat kepada penduduk Kampung Kota Bharu serta warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar.Wan Ahmad Dahlan berkata, pelaksanaan program sejak April lalu membuktikan kerjasama strategik antara agensi kerajaan mampu menterjemahkan perancangan kepada hasil yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat."April lalu kita hadir membawa pelan tindakan dengan peruntukan RM500,000 untuk kampung dan RM100,000 untuk sekolah angkat Madani kita."Hari ini, pada penghujung bulan Oktober, kita tidak lagi bercakap tentang janji. Hari ini, kita kembali untuk melihat bukti," katanya.Bagi Kampung Angkat Madani, sebanyak lapan projek fizikal dilaksanakan menggunakan peruntukan RM500,000 daripada Kementerian Kewangan dan RM35,000 daripada JPA, termasuk menaik taraf Masjid Jamek, dewan orang ramai, klinik kesihatan, balai polis dan astaka Sekolah Kebangsaan Kota Baharu.Selain itu, kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membolehkan pemasangan 40 unit lampu solar bernilai RM380,000, manakala RM450,000 diperuntukkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi pembinaan dewan serba guna yang masih dalam pelaksanaan.Bagi SMK Malim Nawar pula, sebanyak RM90,000 disalurkan untuk menaik taraf makmal komputer, bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta makmal sains, manakala RM10,000 di
Larangan Waze: JPA yakin penjawat awam patuh arahan

Key takeaways
JPA yakin penjawat awam akan patuh kepada larangan penggunaan Waze semasa urusan rasmi.
- Larangan Waze dikeluarkan untuk faktor keselamatan dan perlindungan data pengguna.
- JPA tidak pastikan peratusan pematuhan tetapi yakin penjawat awam akan patuh.
- Aplikasi tempatan seperti TuJu dan PINTAZ disarankan sebagai alternatif.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Perjelas larangan penggunaan Waze untuk penjawat awam – Kon Yeow
- Sinar Harian Larangan Waze: JPA yakin penjawat awam patuh arahan (this story)
- Harian Metro JPA yakin larangan guna Waze dipatuhi penjawat awam







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage85_750359.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

