SHAH ALAM - Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Dr Muhammad Solehin Saleh, antara 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Dr Muhammad Solehin, 40, mewakili parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Parlimen Jasin dalam saingan empat penjuru.Beliau bakal berdepan tiga calon lain iaitu Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Wawasan) dan Abd Halim Said (Bebas).Dr Muhammad Solehin merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum dari Universitas Sriwijaya, Indonesia.Sementara itu, adiknya, Akmal Saleh pula mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Merlimau meskipun kedua-duanya berada dalam parti politik berbeza.Akmal berdepan saingan dua penjuru di kerusi itu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah daripada Amanah.Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan majoriti 3,248 undi, sekali gus mempertahankan kerusi berkenaan untuk UMNO-BN.Beliau kemudian dilantik sebagai Exco yang memegang portfolio Kesihatan sebelum dipindahkan ke portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 2023.
PRN Melaka: Akmal Saleh pertahan kerusi BN, abang wakili Bersama

Key takeaways
Dr Muhammad Solehin Saleh bertanding atas tiket Parti Bersama di kerusi DUN Bemban, manakala adiknya, Akmal Saleh, mempertahankan kerusi DUN Merlimau bagi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.
- Dr Muhammad Solehin berdepan saingan empat penjuru di kerusi DUN Bemban, Parlimen Jasin.
- Akmal Saleh bersaing dua penjuru di DUN Merlimau menentang calon Pakatan Harapan.
- Akmal pernah menang kerusi DUN Merlimau pada PRN 2021 dengan majoriti 3,248 undi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Rauf kekal di Tanjung Bidara, Akmal pertahan Merlimau
- Free Malaysia Today PRN Melaka: DAP sasar pertahan 4 kerusi disandang
- Malaysiakini (BM) PANDUANKINI | Kerusi panas PRN Melaka dan peluang untuk parti kancil
- Sinar Harian PRN Melaka: Akmal Saleh pertahan kerusi BN, abang wakili Bersama (this story)









