Ab Rauf Yusoh dan Dr Akmal Saleh antara pemimpin utama BN yang akan mempertahankan kerusi masing-masing pada PRN Melaka.PETALING JAYA: Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh akan mempertahankan DUN Tanjung Bidara, manakala Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kekal di Merlimau meskipun sebelum ini memberi bayangan mungkin berpindah ke kerusi lain pada PRN Melaka.
Akmal sebelum ini mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya apabila bertanya sama ada beliau patut bertanding di Serkam atau Sungai Rambai selepas mengucapkan terima kasih kepada pengundi Merlimau.
Senarai 21 calon diumumkan BN turut menyaksikan tujuh penyandang gabungan itu tidak dicalonkan semula, selain beberapa muka baharu diketengahkan dan Timbalan Ketua Umno Melaka Rais Yasin dipindahkan dari Paya Rumput ke Sungai Udang.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fphannoucemalaccaelectioncandidate2026102401_837366.png&w=480&output=webp&q=85&we)