Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui Johor Darul Ta'zim (JDT) berada pada tahap berbeza berbanding kelab kendaliannya, terutama dari segi kualiti dan kemampuan bersaing di pentas Asia.
Menurut Aidil, JDT bukan sahaja menguasai saingan Liga Malaysia, malah memiliki kualiti untuk memberikan saingan kepada kelab dari Jepun dan Korea Selatan
Katanya, Kuching City yang masih baharu dalam kancah bola sepak turut menjadikan penyertaan dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) sebagai pengalaman berharga untuk meningkatkan kemampuan pasukan.
"Kami adalah kelab baharu dan ini kali pertama menyertai pertandingan seperti ini. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi pemain berusaha memberikan yang terbaik.







%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fpadh_881432.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)


