Paris: Protes besar-besaran dijangka berlangsung sekali lagi di Perancis pada Sabtu, mendorong pihak berkuasa mengekalkan perintah berkurung dan sekatan ke atas perhimpunan selepas perusuh melakukan kemusnahan di beberapa bandar awal bulan ini, lapor agensi berita Jerman dpa.
Susulan kebimbangan lebih banyak pergolakan, Paris mengeluarkan larangan ke atas laluan demonstrasi di pusat ibu negara, meluluskan tunjuk perasaan di lokasi lebih jauh di luar ibu negara.
Perintah berkurung waktu malam setempat akan dikenakan semula di lokasi pusat.
Bagaimanapun, Mahkamah Pentadbiran Paris memutuskan bahawa perarakan antara Place de la Bastille dan Place de la Nation di pusat bandar boleh diteruskan, lapor media Perancis.









