Sepang: Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin meletakkan harapan tinggi terhadap anak didiknya, Hakim Danish Ramli untuk mencipta sensasi pada perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), esok.

Keyakinan itu hadir selepas pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi berkenaan mengesahkan kedudukan di barisan hadapan apabila meraih petak ketiga pada sesi Kelayakan 2 (Q2), hari ini.

Zulfahmi yang juga bekas pelumba negara berkata, persiapan serta perkembangan positif ditunjukkan Hakim Danish sejak semalam meningkatkan keyakinannya terhadap kemampuan pelumba muda itu untuk memberikan saingan di laman sendiri.

"Sudah semestinya saya meletakkan harapan yang tinggi dan mempunyai keyakinan terhadap Hakim Danish, lebih-lebih lagi dia beraksi di litar sendiri.