KUALA LUMPUR: Pencapaian skuad bawah 15 tahun (B-15) negara pada Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan bukan sekadar kejayaan di peringkat bawah umur, sebaliknya memberi gambaran positif terhadap masa depan bola sepak negara.
Kejayaan itu menjadi petunjuk bahawa Malaysia memiliki kelompok pemain muda yang berpotensi untuk berkembang sebagai pencabar utama di rantau ASEAN, malah mampu merapatkan jurang dengan kuasa besar bola sepak Asia sekiranya pembangunan mereka diteruskan secara konsisten.
Lebih penting, pendedahan beraksi di pentas antarabangsa sejak usia muda mampu membentuk kematangan pemain dari segi teknikal, taktikal dan mental, sekali gus mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran lebih besar apabila melangkah ke peringkat senior.










