Tunjuk perasaan di Bordeaux pada Sabtu lalu. Kementerian Dalam Negeri berkata 410,000 orang menyertai protes di seluruh Perancis Sabtu lalu, tetapi kesatuan sekerja menganggarkan kehadiran hampir 800,000 orang. (Gambar EPA Images)BRUSSELS: Pihak berkuasa Perancis menahan 1,314 individu semasa tunjuk perasaan di seluruh negara pada Sabtu lalu, manakala 53 anggota keselamatan cedera, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Dalam Negeri Perancis pada Ahad.

Angka itu menunjukkan penurunan ketara berbanding hari pertama perhimpunan pada 17 Okt lalu yang menyaksikan 2,628 individu ditahan dan 1,144 anggota pasukan keselamatan cedera, lapor penyiar BFMTV.

Menurut kementerian itu, seramai 410,000 orang menyertai tunjuk perasaan pada Sabtu di seluruh Perancis, termasuk 110,000 di Paris.