Muar: Operasi menangkap anjing liar bertukar kecoh apabila seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) dihalang dan dikasari dua individu di sebuah taman perumahan di daerah ini, semalam.

Kedua-dua individu terbabit dipercayai bertindak melepaskan anjing yang ditangkap walaupun sudah diberikan amaran secara lisan oleh anggota penguat kuasa yang bertugas.

Difahamkan, tindakan itu cuba dihalang anggota berkenaan, namun berlaku pergelutan sehingga menyebabkannya terjatuh sebelum dikasari secara fizikal oleh kedua-dua individu terbabit.

Susulan kejadian itu, anggota berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.