New Delhi: Selepas hampir 20 tahun mengembara merentasi dunia dengan berbasikal, lelaki dari India ini menjadikan pengembaraannya sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV dan AIDS.
NDTV melaporkan, Somen Debnath dari West Bengal sudah mengayuh lebih 200,000 kilometer (km) merentasi 191 negara sejak memulakan ekspedisi antarabangsa pada 27 Mei 2004.
Dia juga mendukung misi memperkenalkan budaya India ke seluruh dunia menerusi ekspedisi itu.
Jelajahnya bermula di 28 negeri dan lima wilayah kesatuan India yang membawa kepada pertemuan dengan bekas Presiden India APJ Abdul Kalam dan perdana menteri ketika itu Manmohan Singh serta Menteri Luar Pranab Mukherjee.










