SEPANG: Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta membuktikan ketenangannya apabila muncul juara perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca tidak menentu, hari ini.
Acosta yang bermula di petak ketiga, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 20 minit 04.09 saat (s), mengatasi pencabar terdekatnya, Marc Marquez daripada pasukan Ducati Lenovo dengan kelebihan 0.578s.
Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi pula melengkapkan podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, ketinggalan 1.310s di belakang Acosta, manakala Ai Ogura daripada pasukan SuperFile Trackhouse yang pada satu ketika memimpin perlumbaan, terpaksa berpuas hati di keempat dengan perbezaan 1.793s.








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fpadh_881432.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
