KLANG – Polis menyita dua basikal lajak yang ditunggang dua kanak-kanak berusia sembilan tahun di jalan raya utama sekitar Kompleks Sukan Pandamaran di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, tindakan itu diambil ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Klang Selatan menjalankan pemantauan kira-kira pukul 4 petang.
Beliau berkata, pemantauan dilakukan susulan aktiviti basikal lajak yang dikesan di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu menunggang basikal tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga, sekali gus membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.









