SEPANJANG 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selangor bukan sahaja muncul sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, malah berjaya membina reputasi sebagai peneraju inovasi, teknologi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.Di bawah naungan kebijaksanaan Baginda, Selangor berkembang daripada sebuah negeri perindustrian kepada pusat yang memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan teknologi serta perlindungan harta intelek (IP), sekali gus memperkukuhkan kedudukannya dalam landskap ekonomi moden negara.Transformasi tersebut tidak berlaku secara kebetulan, ia lahir daripada dasar pembangunan yang konsisten, ekosistem inovasi yang matang serta kerjasama erat antara kerajaan, institusi pendidikan, industri dan komuniti perniagaan.Kesemua elemen ini saling melengkapi dalam membentuk sebuah negeri yang bukan sahaja menjana kekayaan melalui pelaburan dan perindustrian, malah melalui idea, kreativiti dan inovasi.Selangor kekal peneraju harta intelek negara Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, kemajuan sesebuah ekonomi hari ini bukan lagi diukur sematamata melalui jumlah kilang atau nilai eksport, sebaliknya keupayaannya mencipta idea baharu, menghasilkan teknologi serta melindungi hasil ciptaan tersebut."Selangor merekodkan jumlah permohonan harta intelek kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 165,492, merangkumi 129,148 permohonan cap dagangan, 7,836 paten, 1,044 reka bentuk perindustrian, 27,462 hak cipta dan dua petunjuk geografi."Pencapaian berkenaan merangkumi tiga komponen utama, iaitu paten, cap dagangan dan hak cipta yang menjadi petunjuk jelas kepada kerancakan aktiviti inovasi dan keusahawanan di negeri ini," katanya.Banyak permohonan paten pula dipacu oleh sektor teknologi maklumat, bioteknologi, pembuatan berteknologi tinggi dan teknologi hijau, manakala peningkatan pendaftaran cap dagangan mencerminkan pertumbuhan memberangsangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri kecil dan sederhana (IKS).Dalam sektor kreatif pula, Selangor menjadi pusat perkembangan industri animasi, pembangunan perisian serta kandungan digital yang menyumbang kepada peningkatan pendaftaran hak cipta.Kejayaan syarikat seperti Monsta Studio di Cyberjaya dan Les’ Copaque di Shah Alam membuktikan kreativiti tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa apabila dilindungi melalui sistem harta intelek yang mantap.Ekosistem inovasi semakin matang Di sebalik kejayaan tersebut ialah ekosistem inovasi yang semakin berkembang dan saling melengkapi.Selangor memiliki rangkaian institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan yang menjadi nadi kepada pembangunan teknologi negara.Melalui Program Pusat Sokongan Teknologi dan Inovasi (TISC) kendalian MyIPO, universiti serta institusi penyelidikan memainkan peranan penting dalam membantu penyelidik melindungi hasil penyelidikan mereka sebelum dikomersialkan.Institu