KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pendidikan berteraskan nilai Islam perlu diperkukuh dari peringkat awal bagi menangani peningkatan masalah sosial termasuk buli, penderaan dan jenayah dalam masyarakat.
Perdana Menteri berkata, tanggungjawab membentuk generasi berakhlak bukan hanya terletak pada agensi kerajaan, sebaliknya memerlukan pembabitan ibu bapa, guru, pendidik dan semua pihak.
Katanya, kemajuan pendidikan dan penguasaan teknologi baharu tidak akan membawa makna sekiranya gagal melahirkan insan yang mempunyai adab, akhlak serta nilai kemanusiaan.
"Negara tidak seharusnya hanya mengejar kecemerlangan akademik sehingga mengabaikan pembentukan sahsiah generasi muda.










