Kota Bharu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan petang ini, bagi menghadiri pelbagai program diatur.

Ketibaan Perdana Menteri jam 4.10 petang tadi bagi menghadiri hadir beberapa program bermula petang ini sehingga malam.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Perdana Menteri merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di perkarangan AEON Mall di sini.